Wednesday 27 July 2011

INTRODUCTION PHARMACOLOGY IN NURSING


FARMAKOKINETIK
kajian tindakan badan ke atas ubat
melibatkan 4 proses utama mengikut turutan, iaitu:

    1)Penyerapan
    -proses bermula dari ubat masuk ke dalam badan hingga diserap oleh tisu melalui cecair atau darah sampai ke sel.
        FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERAPAN UBAT
  • cara pemberian ubat (ROA)
  • keupayaan ubat untuk larut
  • aliran darah pada kawasan penyerapan
  • kehadiran makanan
  • kawasan permukaan badan
  • kandungan lipid soluble terhadap ubat

    2)Penyebaran ubat
    -pergerakan sesuatu ubat ke tisu badan.
    PROSES
  • semua ubat masuk ke aliran darah terlebih dahulu
  • kemudian bercampur dengan cecair ekstrasel
  • akhir,ubat masuk ke dalam sel
  • sesetengah ubat tetap dalam membran sel atau bahagian sel lain

    3)Metabolisma
    -pertukaran dari satu jenis struktur ubat menjadi bahan kimia kurang aktif
    -proses metabolisma kali pertama terjadi di HEPAR sebelum masuk peredaran darah sistemik
    FAKTOR YANG MEMPENGARUHI METABOLISMA
  • kadar metabolisma
  • umur
  • penyakit hepar
  • tabiat sosial

    4) Ekskresi ubat
    -pengeluaran ubat dari badan
    TEMPAT EKSKRESI UBAT
  • ginjal
  • hempedu
  • paru-paru
  • air liur, peluh, susu badan, plasenta

No comments:

Post a Comment