Sunday 11 September 2011

Pemberian ubat secara intradermal

Definisi 
- Suntikan intradermal ialah suntikan yang diberi ke dalam lapisan intradermis


Tujuan Pemberian Suntikan ID
  • Untuk menilai reaksi badan terhadap bahan yang diberi kepadanya
  • Untuk memberi imunisasi
  • Untuk memberi kesan masa penyerapan ubat yang lama
Lokasi suntikan ID
  • Bahagian tengah lengan bawah 
  • Bahagian dorsal lengan atas
  • Kawasan belakang bahagian atas
Peralatan
  • Tuberculin syringe : 1 ml
  • Jarum: saiz 26 - 27 G dan panjang 3/8- 5/8
  • Dos ubat : 0.01- 0.1ml
Tatacara pemberian suntikan ID
  • Peralatan - ubat,syringe strile dan jarum,alkohol swab,disposable glove
  • Implimentasi - semak arahan doktor
  • Swabbing - bersihkan lokasi suntikan dengan alkohol swab
  • Tegangkan kulit - lokasi suntikan dengan menggunakan ibu jari telunjuk tangan non dominan
  • Suntik ubat - masukkan jarum dengan 15 darjah dan hanya 1/8 inci di bawah permukaan kulit kemudian suntik ubat perlahan, perhatikan wheal atau blister yang terbentuk
  • Keluarkan jarum - mengikut sudut yang sama semasa kemasukkan dan buang jarum dan syringe ke dalam sharp bin 
  • Tandakan kawasan suntikan - selesakan pesakit,bulatkan keliling blister dengan pen dan rekod dalam MAR
Penilaian
  • Perhatikan kesan kawasan suntikan dalam 24-72 jam
  • Lapor kepada doktor jika ada aduan
  • Catit kesan ubat dalam MAR
Pendidikan Kesihatan
  • Nasihat pesakit untuk tidak menggaru kawasan suntikan,basuh dengan sabun,letak minyak atau losyen pada lokasi suntikan