Tuesday 6 September 2011

Pemberian ubatan secara parenteral

Definisi parenteral        
  • diluar small intestine/saluran alimentari
  • diberikan melalui suntikan

Jenis Ubatan Untuk Parenteral 
                                                   
1. Serbuk : keadaan serbuk menjadi lebih buruk dalam     larutan
                  : dilarutkan segera sebelum injection
2. Solution : tetap stabil dalam larutan 
 

Penyimpanan Ubat Parenteral

1. Ampule   - diperbuat daripada kaca
                  - mengandungi ubat single dose 
     
2.Vial - berupa botol kaca dengan self sealing stopper (metal of rubber)
          - mengandungi ubat single dose dan multy dose
          -  label vial dengan masa dan tarikh kali pertama digunakan
       
Peralatan
1. Jarum
  •  tersedia dalam pelbagai saiz dan panjang dengan saiz bevel yang berbeza
  • diameter jarum panjang ,gauge pendek
  • elak guna jarum bekas atau bengkok                                  
 2. Syringe
  •  tersedia dalam pelbagai saiz
  • sebahagian besar syringe diperbuat daripada plastik dan disposable
  • sesetengah syringe melekat dengan jarumnya
  • pilih syringe mengikut kuantiti & jenis ubatan       
 
Prinsip untuk mencegah infeksi pada pemberian ubat secara parenteral
  • basuh tangan sebelum dan selepas lakukan prosedur
  • gunakan glove semasa memberi suntikan dan menghentikan infusi intravena
  • buang glove,jarum dan syringe yang sudah di pakai 
  • elak recap,bengkokkan atau patahkan jarum yang sudah digunakan
Kemahiran
  • persediaan syringe dan jarum
  • mengambil ubat dari ampule
  • reconstituting (melarutkan ubat serbuk)
  • mengambil ubat dari vial
Klasifikasi suntikan 
1. Intradermal (ID)
    - suntikan ke dalam lapisan dermal
2.Intramuskular (IM)
    -  suntikan ke dalam muskular atau otot
3. Subcutaneous (SC)
    -  suntikan ke dalam lapisan subcutaneous atau adipose

Cara - cara mengurangkan ketidakselesaan pada pesakit yang menerima suntikan
Sebelum suntikan  
  • persediaan jarum -pilih jarum yg panjang & tepat
                           -elak menyediakan ubat di hadapan
pesakit
Semasa suntikan
  • lakukan prosedur dengan tenang dan tanpa keraguan
  • bercakap dengan pesakit 
  • beri kesempatan pesakit mengatakan kebimbangannya
  • suntikkan jarum dengan cepat tanpa ragu - ragu dan berterusan 
  • keluarkan jarum dengan cepat pada sudut yang sama semasa mula menyuntik
Selepas suntikan 
  • beri tekanan yang  cukup  pada lokasi suntikan kecuali ada kontraindikasi
  • selesakan pesakit

No comments:

Post a Comment