Monday 5 September 2011

ASPEK UNDANG-UNDANG BAHAN TERKAWAL

DEFINISI
Bahan yang dikenalpasti memiliki kemampuan menyebabkan kebergantungan fizikal atau psikologikal ataupun keduanya.
Dikenali juga sebagai dadah berbahaya.
DADAH BERBAHAYA
Suatu bahan yang boleh memberi kesan kepada proses minda atau tubuh.
Jenis-jenis bahan terkawal atau dadah berbahaya.
OPIAT
·         Untuk melegakan kesakitan
·         Potensi tinggi ketagihan
·         Jenis: candu, heroin, morfin, kodein
Psikotropik
·         Bertindak kepada otak dan meransang fizikal
·         Jenis: methampthetamin, amphetamine, methylene, dioxymethamphetamin
Depresen
·         Ubat penenang
·         Jenis: methaqulone, tranquiliser (diazepam, aprazolam, benzodiazephine), rohypnol
Stimulan
·         Meransang aktiviti otak
·         Jenis: kokain
Kanabis
·         Jenis: ganja, marijuana, hashish

Tujuan pengendalian bahan terkawal
1.       Untuk menyediakan suatu kaedah terkawal di dalam pemerolehan dan pendispensian bahan terkawal.
2.       Untuk mengekalkan bukti yang sesuai di dalam proses dokumentasi yang boleh ditunjuk.
3.       Untuk mengekalkan keselamatan pada tahap yang tinggi di dalam penyimpanan bahan terkawal.


Tanggungjawab jururawat
1.       Penyimpanan bahan terkawal.
·         Disimpan dengan kaedah ‘double lock system’.
·         Tempatkan almari DD berdekatan dengan kaunter jururawat supaya mudah dilihat.
·         Jururawat yang bertugas hendaklah memastikan almari DD berkunci setiap masa.
·         Kunci tidak boleh dibuat pendua.

2.       Dokumentasi bahan terkawal
·         ‘nurse in charge’ mesti memeriksa bekalan ubatan dadah berbahaya pada setiap perubahan shif.
·         Setiap penggunaan bahan terkawal akan didokumentasikan ke dalam ‘Dangerous Drug Act book’ (DDA Book/Buku DDA)
·         Kiraan DD yang tidak tepat hendaklah dilaporkan segera.

Pelupusan ubat
Ø  Kenalpasti ubat yang hamper luput tarikh.
Ø  Lapor dan hantar ubat ke farmasi.
Ø  Rekod ubat yang dikembalikan ke farmasi.
Ø  Simpan ampul untuk semakan farmasi







No comments:

Post a Comment